JENIS-JENIS VIRUS

Saturday, August 28, 2010

 
                     Jenis - jenis Virus.

   
  • Laroux
  • Marker
  • Melissa
  • Michelangelo
  • Monkey
  • MTX
  • Natas
  • Navidad
  • NewApt



Virus Laroux
Laroux adalah virus makro yang pertama dibina untuk menjangkiti Microsoft Excel (versi 5.0 dan yang lebih tinggi) fail-failnya (XLS workbooks). Ia pertama kali dikesan pada 1996 dan dilaporkan masih ada. Versi asal Laroux tidak begitu menyukarkan; ia hanya mengandungi dua makros, "buka secara automatik" (auto_open)" dan "periksa fail (check_files)."

Makro "buka secara automatik" berjalan apabila dokumen yang dijangkiti dibuka, dan tujuannya semata-mata adalah untuk membuatkan Excel menjalankan makro "periksa fail". Laroux kemudiannya mencipta fail di dalam direktori "XLSTART" yang dipanggil "PERSONAL.XLS" dan menyalin makrosnya di situ. Fail ini terbuka secara automatik setiap kali Excel dijalankan, jadi Laroux boleh menjangkiti setiap buku kerja (workbook) yang digunakan kemudian dan menyebarkannya kepada pengguna lain yang menerima fail XLS yang telah dijangkiti.



Virus Marker
Marker adalah virus makro Word 97 yang unik, dilaporkan merebak, membesarkan saiznya dalam masa penyebaran dengan mengumpulkan nama pengguna dan maklumat lain (masa, tarikh, alamat) daripada Word dan menambahkannya ke dalam dirinya sendiri. Kemudian ia cuba menghantar maklumat tersebut melalui FTP menerusi internet ke laman web "codebreakers.org."

Ia mencipta fail untuk kegunaannya di dalam akar (root) C: drive hsfxxxx.sys (xxxx mewakili huruf yang ditimbulkan secara rawak) dan netldx.vxd. Marker menyimpan kod virus di dalam fail SYS, dan maklumat yang dihantarnya di dalam fail VXD.



Virus Melissa
Melissa adalah virus makro yang merebak daripada pengguna kepada pengguna yang lain menerusi fail Word97 dan Word2000 yang dijangkiti. Penyebarannya bermula dengan membeban ke atas (uploading) ke "newsgroups" internet, dan dengan cepat merebak ke seluruh dunia, dengan mempergunakan Microsoft Outlook (BUKAN Outlook Express) untuk menghantar dirinya secara automatik kepada pengguna lain. Dalam bentuk asalnya (terdapat kepelbagaian), ia dilakukan dengan menghantar dokumen Word yang dijangkiti sebagai kepilan kepada 50 senarai teratas dalam "Outlook Global Address Book" pengguna.

Ia telah menjadi kekhuatiran utama firma-firma besar, kerena Outlook menyenaraikan senarai mel (mailing list) terlebih dahulu, diikuti alamat email individu. Dengan hanya SATU sampel, virus ini boleh merebak ke seluruh rangkaian yang luas dengan cepat, biasanya menyebabkan pelayan mel menjadi terlebih sarat dan terlebih muatan. Kepilan dokumen Word yang dijangkiti dengan bijak meletakkan tajuk yang bermula dengan "Important Message From:" (mesej penting daripada:) dan diikuti dengan nama pengirim, menyamai nama seseorang yang dikenali oleh penerima.

Pengguna akan menerima mesej seperti itu daripada ketua pejabat, rakan sekerja atau seseorang yang mempunyai alamat email pengguna dalam senarai Outlook Address Book (buku alamat Outlook). Mesej tersebut boleh jadi datangnya daripada seseorang yang menghantar email kepada anda, menggunakan Microsoft Outlook, kombinasi Word97 atau Word 2000. Ini kerana apabila virus telah menjangkiti salinan MS-Word, setiap dokumen yang mereka capai akan dijangkiti, dan jika mereka menghantar dokumen tersebut menerusi email (atau cara lain), ia akan merebak lagi.

Penghantar tidak akan tahu dokumen tersebut telah dihantar, juga tidak tahu yang mereka telah dijangkiti. Walaubagaimanapun, pengguna mungkin menjadi lebih peka terhadap dokumen yang telah dijangkiti jika penyediaan Macro Security (makro keselamatan) berfungsi, dengan paparan amaran apabila dokumen dibuka.



Virus Michelanglo
Michelangelo menjangkiti Sektor But disket dan Petak/MBR (Memory Buffer Register) cakera keras, dan mula merebak sejak ditemui pada April 1991. Ia berpotensi sebagai perosak yang akan memusnahkan data-data di dalam cakera keras dan disket.

Jika disket yang dijangkiti berada di dalam pemacu A> (A> drive) ketika proses but ke atas (boot-up), Sektor But (sektor 0) yang mengandungi perisian virus akan dibaca ke dalam memori. Virus tersebut kemudiannya akan menguasai sistem dan menjangkiti cakera keras apabila proses selesai, menyalin kodnya ke (cylinder&head 0, sector 1), memindahkan data Petak/MBR ke (cylinder&head 0, sector 7).

Kebiasaannya, data tidak akan hilang dari cakera keras, kerana DOS tidak menggunakan sektor yang digunakan oleh virus. Walaubagaimanapun, jika sektor tersebut digunakan oleh perisian pihak ketiga untuk menyimpan data, semasa memformat, atau untuk capaian kata laluan, atau menggunakan pemacu untuk memasuki petak yang luas, masalah akan wujud.

Dalam bentuk asal, Michelangelo adalah sepanjang 480 bytes, tidak akan menjangkiti cakera dalam pemacu B>, dan menggerakkan sampukan (interrupt) pusingan 12, tidak membenarkan penggunaan memori antara 638K dan 640K kepada DOS, di mana virus adalah residen (disimpan secara tetap).

Ia memindahkah kod rekod asal But disket ke kawasan yang digunakan oleh Direktori, dan jika cakera tersebut mempunyai fail yang disenaraikan di dalam sektor yang ditulis ganti (overwritten), ini akan mengakibatkan kehilangan fail-fail kemasukan, fail yang telah dihapuskan dan sub-direktori di dalam akar.

Fail-fail masih boleh ditempatkan di dalam kawasan penyimpanan fail cakera, dan boleh dibaikpulih mengguna perisian utiliti, tetapi disebabkan ia tidak lagi disenaraikan di dalam Direktori, ia mungkin telah ditulisganti, sementara fail lain akan disimpan di dalam disket.

Virus memeriksa tarikh sistem hanya apabila PC dibut daripada cakera yang dijangkiti. Ia boleh mengakibatkan kehilangan data pada tarikh tertentu ia digunakan.

Michelangelo mula menulisganti pada peringkat permulaan cakera (di mana data Petak/MBR, But, Jadual Penguntukan Fail (File Allocation Tables), dan Direktori ditempatkan). Setelah pengguna menyedari ada sesuatu yang tidak kena, kuasa dimatikan, dan but kembali dari disket, cuba untuk capai ke cakera keras, namun hasilnya - Spesifikasi Pemacu Tidak Sah (Invalid Drive Specificaion). Pada ketika ini, jumlah keseluruhan data yang telah hilang bergantung pada berapa lama masa yang diambil untuk mematikan kuasa. Jika kuasa dapat dimatikan dengan cepat, virus boleh dihalang daripada menyempurnakan "tugasnya". Fail yang terletak di luar dari had di mana tulisganti berhenti, (terutama pemacu D:E:, jika ada) akan kekal.



Virus Monkey
Monkey pertama kali ditemui di Canada dalam tahun 1992, dan biasanya dilaporkan sebagai virus sektor but, sebahagiannya disebabkan oleh kesukaran yang dihadapi sesetengah pengguna untuk menghapuskannya. Ia berkaitan dengan virus Empire.

Monkey menjangkiti rekod but induk cakera keras (Master Boot Record) dan but sektor disket. Ia menjangkiti PC apabila disket, yang dijangkiti melalui PC lain, berada dalam pemacu A> ketika but keatas (boot-up), dan menulis kodnya ke sektor pertama dalam cakera keras, di mana data Petak/MBR ditempatkan.

Monkey akan berada di dalam memori selepas itu setiap kali PC dipasang, dan menjangkiti disket sewaktu digunakan. Ia memindahkan kod asal but rekod disket ke kawasan Direktori yang terakhir.

Jika cakera tersebut mempunyai banyak fail yang tersenarai di dalam akar (192 atau lebih untuk disket 3.5 HD), ia akan menyebabkan kehilangan sekitar 16 kemasukan fail, fail yang telah dihapuskan, dan sub-direktori di dalam direktori akar. Data tersebut masih boleh ditempatkan di dalam kawasan penyimpanan fail di dalam disket, boleh dibaikpulih menggunakan perisian utiliti.

0 comments:

Post a Comment