TOPOLOGI

Saturday, August 28, 2010

Jenis-jenis Topologi Rangkaian

Terdapat 4 jenis Topologi iaitu :

1) Topologi Bus (Bas)
Topologi Bus menggunakan satu kabel yang panjang yang menyambungkan kesemua sumber di dalam network tersebut. Mesej atau data yang dihantar akan pergi kepada semua komputer yang berada di dalam sistem rangkaian tersebut sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data atau mesej tersebut.

Kebaikan Bus topologi
  • Mudah menyambungkan sesebuah komputer untuk periferal kepada  sesebuah topologi Linear Bus
  • Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan

 Kekurangan Bus topologi
  • Sebarang masalah pada mana-mana node pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
  • Titik pemula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
  •   Sukar untuk mengenali pemasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem rangkaian itu gagal berfungsi.
  • Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan yang besar.
Topologi Bus
Dengan ini saya sertakan video untuk kefahaman lanjut.

VIDEO TOPOLOGI BAS





2) Topologi Star (Bintang)

Kebaikan topologi Star
  • Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring).
  • Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada sumber dialih.
  • Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang rosak.
Kekurangan topologi Bintang
  • Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bus.
  • Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya.
  • Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bus kerana melibatkan kos concentrators yang agak mahal. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas menyebabkan kebilangan besar kuasa pengkomputeran.
Topologi Bintang
 Dengan ini saya sertakan video untuk kefahaman lanjut.


VIDEO TOPOLOGI BINTANG
3) Topologi Ring (Cincin)
Kebaikan Topologi Ring
  • Jika komunikasi terputus di antara dua system bersebelahan, satu lintasan alternatif dia antara dua tempat ini boleh digunakan.
  • Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring).
  • Mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah untuk mengasingkan perkakasan berkenaan.

Kekurangan Topologi Ring
  • Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.
  • Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, node berkenaan juga turut gagal berfungsi.

Topologi Cincin

Dengan ini saya sertakan video untuk kefahaman lanjut.

VIDEO TOPOLOGI CINCIN




4) Topologi Hybrid
  •  Hybrid topologi adalah satu penyatuan di antara jenis topologi .
  • Satu komputer hos di paras atas sekali disambung ke beberapa komputer di paras seterusnya, yang disambungkan ke komputer-komputer di paras ketiga; biasanya digunakan dalam organisasi terpusat.
  • Mengandungi beberapa komputer yang dipautkan kepada hos komputer pusat.
  • Komputer lain juga merupakan hos kepada komputer lain, komputer yang lebih kecil atau peranti perisian.
  • Susunan hierarki adalah ke bawah : kerangka utama à minikomputer à mikrokomputer.
  • Berguna dalam organisasi berpusat.
  • Membenarkan perkongsian pangkalan data, kuasa pemprosesan dan peranti output berlainan bagi pelbagai komputer.
    Topologi Hybrid

    0 comments:

    Post a Comment