MELINDUNGI KOMPUTER DARI SERANGAN VIRUS.

Saturday, August 28, 2010

 My first teori presentation.....


DEFINASI
  • Virus merupakan satu program komputer subersif (yang tidak dapat dilihat) yang boleh mengakibatkan fail komputer mengalami kerosakan atau terhapus dan mungkin menukar tingkahlaku operasi komputer.
  • Dalam istilah komputer,virus komputer ditakrifkan sebagai  sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan “boot sector”.Apabila kita menjalankan atau melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut.






KESAN KEROSAKAN VIRUS
Tahap kerosakan yang dilakukan oleh virus komputer sebenarnya tidak terhad kerana ada jenis-jenis virus yang mampu malakukan hampir apa sahaja pada komputer pengguna yang meliputi kerosakan pada perisian dan perkakasan. Antara kerosakan yang sering berlaku pada komputer pengguna ialah:
  •  Merosakkan rekod boot utama pada cakera keras.
  • Memadamkan fail-fail yang tersimpan di dalam cakera keras.
  • Merosakkan fail-fail utama dan fail-fail simpanan dalam cakera keras.
  • Mengubah aturcara perisian lantas memberikan laluan kepada penceroboh.
  • Menukar sistem BIOS yang menyimpan semua maklumat perkakasan komputer.
  • Mengganggu bahagian Rom lantas menjejaskan penggunaan monitor, papan kekunci dan tetikus.

     JENIS-JENIS VIRUS






JENIS


PENERANGAN
BOOT SECTOR

Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya sehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.


PARTITION TABLE

Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS

Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pada fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik (sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).
MULTIPARTITE VIRUS

Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan.
MACRO VIRUS

Virus jenis ini yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD. Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word, Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalankan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.
TROJAN HORSE

Virus ini tidak mereplikasikan dirinya. Dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.
WORMS

Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.























































PROSEDUR MENGELAK JANGKITAN VIRUS







Jangkitan virus boleh berlaku sekiranya :



a) Menggunakan komputer yang telah dijangkiti virus.
b) Menggunakan disket yang telah dijangkiti virus; dan
c) Menyalin kandungan disket yang telah dijangkiti virus.

Pencegahan jangkitan virus



Beberapa langkah pencegahan dan pengawalan mungkin dapat mengawal perkembangan virus daripada merebak. Antara langkah-langkah untuk mengawal ialah:



a) "Write protect" pada disket yang digunakan supaya penyalinan tidak dapat digunakan.
b) Jangan menyalin sebarang perisian.
c) Sentiasa gunakan "Scan" untuk mengesan kehadiran virus dan buat penyelenggaraan berjadual supaya lebih sistematik.      


d) Sentiasa "boot system" dari cakera padat.



e) Asingkan fail program dari fail data dalam disket berlainan.



f) Pengasingan penggunaan komputer.


g) Pasang perisian anti-virus untuk melindungi komputer dan pastikan antivirus sentiasa di update
    untuk mengelakkan serangan virus terbaru. Contoh perisian anti-virus ialah AVG-antivirus, AVAST,
    PC-CILIN, NORTON ANTIRUS dan lain -lain.

Di mana virus menyerang



a) Ke dalam fail
*.EXE
*.COM
*.SYS
*.OVR;
b) Ke dalam "Memory".
c) Ke ruang "File Allocation Table (FAT)".

0 comments:

Post a Comment